Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400

JAKARTA – Berang tidak diberikan wang 15 juta rupiah (RM3,400) oleh ibu bapanya bagi menebus motosikal dan membayar ansuran, seorang lelaki dikenali sebagai MN tergamak membakar rumah orang tuanya di Kampung Ngebel, wilayah Bantul, lapor laman berita suara jogja. Ketua Pegawai Hubungan Awam Polis Bantul, Iptu Rita Hidayanto mengesahkan kejadian itu dan berkata, insiden tercetus ... Read more The post Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400 appeared first on Kosmo Digital .
JAKARTA – Berang tidak diberikan wang 15 juta rupiah (RM3,400) oleh ibu bapanya bagi menebus motosikal dan membayar ansuran, seorang lelaki dikenali sebagai MN tergamak membakar rumah orang tuanya di Kampung Ngebel, wilayah Bantul, lapor laman berita suara jogja. Ketua Pegawai Hubungan Awam Polis Bantul, Iptu Rita Hidayanto mengesahkan kejadian itu dan berkata, insiden tercetus berikutan konflik keluarga yang semakin tegang sejak beberapa hari lalu. “Suspek mendesak ibu bapanya menyerahkan wang tersebut. Walaupun ibu bapanya sedang berusaha mencari jalan untuk mendapatkan dana berkenaan, suspek hilang sabar dan bertindak membakar rumah,” kata Rita dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Siasatan awal polis mendapati perbuatan suspek bukannya berlaku secara spontan, sebaliknya telah dirancang lebih awal. Menurut keterangan saksi, suspek sebenarnya sudah membeli minyak petrol dan berniat membakar rumah ibu bapanya sehari sebelum kejadian, namun membatalkan niatnya pada waktu tersebut. Bagaimanapun, suspek kembali berang semalam apabila tuntutannya masih belum dipenuhi lalu membakar rumah berkenaan. Api berjaya dikawal dan tidak merebak ke bahagian rumah yang lain. -AGENSI The post Anak bakar rumah ibu bapa sendiri, tidak diberikan wang RM3,400 appeared first on Kosmo Digital .
This is a summary. Read the full article at the original source.
Read full article at kosmo
