Buruh didakwa rogol anak sejak awal tahun lalu

SETIU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan merogol anak sejak awal tahun lalu sehingga April tahun ini.
SETIU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan merogol anak sejak awal tahun lalu sehingga April tahun ini. Tertuduh berusia 52 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud. Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan rogol ke atas anak perempuan berumur 13 tahun. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Setiu pada Januari, Mac dan April 2025, kira-kira jam 1.30 tengah hari. Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas mangsa yang ketika itu berumur 14 tahun, kira-kira jam 5 petang, pada awal Januari tahun ini. Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa, kira-kira jam 8.30 pagi di rumah sama, pada 12 April lalu. Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kelima-lima pertuduhan dengan seorang penjamin. Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan tidak melakukan kacau ganggu ke atas saksi pendakwaan terutama mangsa, selain perlu melapor diri di balai polis terdekat sehingga kes selesai dan tidak dibenarkan tinggal dengan mangsa. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee dan Nur Atifah Manaf. Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. © New Straits Times Press (M) Bhd
This is a summary. Read the full article at the original source.
Read full article at bharian
