Top·

Tonton Non Stop, On Top! Masuki Pusingan Terakhir, Tawar Hadiah Utama SUV GAC Emkoo 1.5L

Tonton Non Stop, On Top! Masuki Pusingan Terakhir, Tawar Hadiah Utama SUV GAC Emkoo 1.5L
Source:says

Kempen Tonton Non Stop, On Top! capai 16,000 penyertaan, pusingan akhir tawar mata turboost.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. Kempen Tonton Non Stop, On Top! anjuran platform penstriman tempatan, Tonton, kini secara rasminya memasuki pusingan terakhir Bermula dari 27 Julai sehingga 9 Ogos ini, pusingan penutup berkenaan membuka ruang penuh buat para pelanggan TontonUp untuk mengumpul mata tontonan bagi merebut hadiah utama berupa sebuah SUV GAC Emkoo 1.5L Turbo serta pelbagai lagi ganjaran menarik. Sejak mula Tonton Non Stop, On Top! dilancarkan, kempen ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan melebihi 16,000 peserta. Ratusan pemenang bertuah juga telah pun berjaya membawa pulang pelbagai hadiah daripada tiga pusingan terdahulu. Menerusi pusingan keempat ini, setiap peserta diberikan peluang yang sama rata untuk merangka strategi baharu demi merebut gelaran juara menerusi persaingan yang lebih adil. Pilihan kandungan popular tempatan dan antarabangsa Bagi memudahkan pengguna mengumpul mata, Tonton menawarkan pelbagai variasi drama serta program hiburan tempatan dan antarabangsa sepanjang pusingan akhir ini. Antara rancangan kegemaran ramai yang boleh ditonton termasuklah drama fenomena seperti Nur, Melur Untuk Firdaus, Love You Mr. Arrogant, Rindu Awak 200%, dan Setia Hujung Nyawa. Tidak ketinggalan, tayangan animasi serta program variasi antarabangsa seperti The Legend of Heroes dan The Princess Royal turut ditawarkan. Buat anda yang mahu memotong carta mata dengan lebih pantas, ciri Turboost kembali menemui penonton pada setiap hujung minggu sepanjang pusingan keempat ini. Menerusi Turboost Minggu 7 pada 1 dan 2 Ogos serta Minggu 8 pada 8 dan 9 Ogos, penstriman tajuk terpilih seperti Anom Suraya, BLEACH: Thousand-Year Blood War, Akad Tak Dipinta, dan Ramen Akaneko bakal memberikan ganjaran mata berlipat ganda. Cara sertai dan kumpul mata bonus ekstra Bagi orang ramai yang belum mendaftar, anda masih berpeluang untuk bertanding dengan melanggan pelan TontonUp untuk tempoh tiga atau 12 bulan. Selain menonton kandungan kegemaran, anda juga boleh meningkatkan kutipan mata melalui pembelian Tonton Subscription Gift untuk rakan mahupun ahli keluarga. Setiap pembelian hadiah langganan selama tiga bulan bakal memberikan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan menawarkan 400 mata bonus tanpa sebarang had. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen serta senarai penuh program menarik yang ditawarkan, anda boleh melayari akaun media sosial rasmi @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

This is a summary. Read the full article at the original source.

Read full article at says